Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436, Seksyen 505(b) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Polis menahan 13 lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes beberapa buah rumah di kawasan petempatan pelarian Myanmar di sekitar Kulai Besar, Kulai dibaling bom petrol atau molotov, pada 13 Okt lepas.
Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata semua suspek berumur 16 hingga 31 tahun itu diberkas di sekitar daerah ini dalam satu operasi bermula dari 14 Okt hingga semalam.
Beliau berkata tangkapan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Johor bersama dengan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai, hasil maklumat awam.







