JELI: Seorang pengawal keselamatan maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika mangsa melalui jalan Kampung Ayer Lanas di sini, pagi tadi.
Mangsa, Mohd Alia Sabri Mat Repin, 40, maut di lokasi kejadian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.
Pengawal keselamatan maut dihempap pokok dalam perjalanan ke tempat kerja https://t.co/QLlw9E91RH
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.05 pagi berhubung kejadian itu.









