KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia menggunakan logo PAS sebagai alternatif sekiranya tidak dapat menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menegaskan gabungan parti itu tidak mempunyai masalah untuk bertanding atas mana-mana logo sama ada logo PN atau bulan.

"Kita akan hadapi PRN Melaka tidak lama lagi. Kalau tidak boleh guna logo PN, kita pakai logo PAS, bersedialah. Kita tidak ada sebarang masalah.

"Alhamdulillah, mahkamah beri penangguhan kepada pembatalan yang dibuat secara haram kepada PN. Keputusan mahkamah memberi ruang kepada PN untuk terus bergerak sebagai gabungan yang sah.