ALOR SETAR - Perikatan Nasional (PN) boleh menggunakan logo Pas sebagai alternatif bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pembatalan pendaftaran gabungan tersebut oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penggunaan logo Pas tidak menjadi masalah memandangkan lambang parti itu sudah dikenali secara meluas oleh pengundi."PN boleh gunakan logo Pas untuk bertanding dalam PRN Melaka," katanya.Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat menyifatkan tindakan membatalkan pendaftaran gabungan tersebut sebagai pendekatan ‘ala mafia’ yang didakwa berpunca daripada sikap terdesak kerajaan untuk menyekat kemaraan PN menjelang Pilihan Raya Umum akan datang."Jarang kerajaan di dunia ini membatalkan pendaftaran parti pihak lawan kecuali kerajaan diktator dan komunis. Malaysia ini ala mafia, mereka terdesak," katanya.Sebelum ini, media melaporkan, RoS membatalkan pendaftaran PN selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu didapati tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.
PRN Melaka: PN boleh guna logo Pas - Sanusi
Also reported by Berita Harian , Free Malaysia Today , Kosmo
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro PN belum putuskan logo bagi PRN Melaka
- Berita Harian PN boleh guna logo PAS untuk PRN Melaka - Sanusi
- Sinar Harian PRN Melaka: PN boleh guna logo Pas - Sanusi (this story)
- Free Malaysia Today PRN Melaka: PN boleh guna logo PAS, kata Sanusi




