Penambahan anggota tentera itu bertujuan menghalang rusuhan daripada berulang di pusat bandar raya Milan. (Gambar EPA Images)ROM: Tentera Itali merancang menghantar 500 lagi anggota tentera ke Milan, ibu kota kewangan negara itu susulan rusuhan serius, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keputusan itu dibuat pada Isnin dalam mesyuarat krisis yang dipengerusikan Perdana Menteri, Giorgia Meloni, dengan dekri berkaitan dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

Penambahan kehadiran anggota tentera itu bertujuan menghalang rusuhan daripada berulang di pusat bandar raya Milan.

Misi ketenteraan Itali yang dikenali "Strade Sicure" (Jalan Selamat) beroperasi sejak 2008. Anggota tentera membantu polis memantau kawasan bandar utama dan bangunan berisiko.