MELAKA: Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) tidak seharusnya menjadikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sumber keuntungan utama, sebaliknya mengutamakan kebajikan mereka menerusi penawaran barangan keperluan pada harga lebih rendah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pernama perlu mengubah pendekatan operasinya dengan memastikan keuntungan yang diperoleh dikawal dan manfaatnya dikembalikan kepada tentera, veteran dan keluarga.
Menurutnya, Pernama ditubuhkan untuk memenuhi keperluan warga ATM dan tidak sepatutnya beroperasi bagi mengejar keuntungan.
“Pernama tak sewajarnya buat untung dengan ATM. Pernama wujud untuk ATM, bukan buat untung dengan ATM.








