KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan anggota tentera yang ditahan bersama sepucuk pistol dan puluhan peluru di Kem Perdana Sungai Besi, di sini pada 29 September lalu, sudah didakwa di mahkamah Khamis lalu.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik serta sumber pistol dan peluru yang dirampas.

Mengulas lanjut, katanya suspek didakwa di Mahkamah Jalan Duta, di sini selepas kertas siasatan dilengkapkan.

"Suspek didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) akta sama pada 8 Oktober 2026," katanya melalui kenyataan.