KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti pemilik serta sumber pistol dan peluru yang dirampas daripada seorang anggota tentera yang ditahan di kawasan parkir kereta dalam Kem Askar Sungai Besi di sini pada 29 September lalu.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan berhubung pemilikan dan sumber senjata api serta peluru itu masih dijalankan.Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan anggota tentera berusia lingkungan 30an itu sudah didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini pada Khamis lalu selepas kertas siasatan dilengkapkan."Kertas siasatan berkenaan telah ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan."Suspek didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) akta sama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Media sebelum ini melaporkan, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, kira-kira jam 12.42 tengah malam.Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Lim Chun How sebelum ini dilaporkan berkata, polis turut merampas sepucuk pistol, puluhan butir peluru serta cecair disyaki ketum dalam tangkapan itu.Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau, masing-masing dua berkaitan dadah dan satu kes jenayah.Ujar beliau, suspek awalnya direman selama lima hari sehingga 3 Oktober sebelum tempoh reman dilanjutkan lima hari lagi sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.
Anggota tentera didakwa miliki senjata api, peluru

Key points
- KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti pemilik serta sumber pistol dan peluru yang dirampas daripada seorang anggota tentera yang ditahan di kawasan parkir kereta dalam Kem Askar Sungai Besi di sini pada 29 September lalu.
- Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan berhubung pemilikan dan sumber senjata api serta peluru itu masih dijalankan.
- Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan anggota tentera berusia lingkungan 30an itu sudah didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini pada Khamis lalu selepas kertas siasatan dilengkapkan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Anggota tentera ditahan, bawa pistol, peluru, air ketum
- Sinar Harian Anggota tentera didakwa miliki senjata api, peluru (this story)








