PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon mengakui kecewa susulan kekalahan di laman sendiri biarpun skuad bimbingannya berjaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala FA menerusi kelebihan agregat.Dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad, skuad Gergasi Merah tewas 2-3 kepada Star City FC.Bagaimanapun, Selangor tetap melangkah ke pusingan seterusnya menerusi agregat 6-4 berbekalkan kemenangan selesa 4-1 pada aksi suku akhir pertama sebelum ini.Pan-gon berkata, aksi pertama selepas rehat kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sentiasa memberi cabaran tersendiri kepada mana-mana pasukan biarpun mereka memulakan perlawanan dengan baik.Menurut pengendali kelahiran Korea Selatan itu, keputusan melakukan eksperimen pada babak kedua dengan menguji beberapa pemain di posisi berbeza tidak memberi hasil yang diharapkan sepenuhnya."Sebenarnya selepas cuti antarabangsa FIFA, perlawanan pertama sentiasa sukar untuk kami. Namun, kami bermula dengan baik dan pada separuh masa kedua, saya rasa kedudukan sudah agak selamat."Jadi, saya ingin melihat sedikit eksperimen serta memberi tugasan kepada pemain tertentu di posisi berbeza. Saya mahu memberi ruang sebanyak mungkin kepada mereka membuktikan keupayaan di posisi lain."Ia adalah satu eksperimen di mana ada bahagian yang berjaya, namun ada juga yang tidak menjadi," katanya.Dalam pada itu, Pan-gon menzahirkan permohonan maaf kepada para penyokong setia Selangor FC dan menegaskan pasukannya tidak sepatutnya tumpas apabila beraksi di hadapan peminat sendiri."Saya berasa amat bersalah kepada penyokong Selangor kerana beraksi di gelanggang sendiri, kita tidak sepatutnya kalah dan memberi kekecewaan sebegini kepada mereka."Kami perlu segera bangkit dan membuat persiapan rapi untuk fasa seterusnya. Kami akan kembali lebih kuat selepas ini," ujarnya.
'Kami sepatutnya tidak tewas di laman sendiri'- Pan-gon

Key takeaways
Kim Pan-gon mengakui kecewa dengan kekalahan di laman sendiri walaupun Selangor layak ke separuh akhir Piala FA.
- Selangor kalah 2-3 kepada Star City FC di Stadium MBPJ.
- Pasukan Selangor layak ke separuh akhir menerusi agregat 6-4.
- Kim Pan-gon melakukan eksperimen dengan pemain di posisi berbeza tetapi tidak berjaya sepenuhnya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Kuching City enggan berputih mata di laman sendiri
- Sinar Harian 'Kami sepatutnya tidak tewas di laman sendiri'- Pan-gon (this story)







