KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah belum layak dibandingkan dengan pasangan negarawan, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad, baik dari sudut sumbangan kepada negara mahupun perjalanan cinta.

Syed Saddiq berkata, perbandingan itu terlalu jauh memandangkan pasangan berkenaan sudah melalui lebih tujuh dekad kehidupan bersama, selain meninggalkan jasa besar kepada negara.

"Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan Allahyarham dan juga Dr Mahathir. Tidak dekat pun, malah tidak sampai satu peratus kerana kalau kita lihat jasa mereka, ia memang luar biasa," katanya ketika mengulas pandangan segelintir pihak yang menyamakan kisah cinta dirinya dan Bella dengan pasangan berkenaan.