am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah tidak layak untuk disamakan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak yang menyamakan kisah cinta mereka seperti pasangan berkenaan, Syed Saddiq menegaskan bahawa perbandingan itu terlalu jauh untuk dibuat.

"Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan Allahyarhamah dan juga Tun Dr. Mahathir. Tidak dekat pun, malah tidak sampai satu peratus kerana kalau kita lihat jasa mereka, ia memang luar biasa," katanya.

Menurut Saddiq, Tun Dr Siti Hasmah adalah tokoh perintis yang wajar dicontohi, terutamanya dalam bidang perubatan dan pendidikan masyarakat luar bandar.