PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah tidak layak untuk disamakan dengan pasangan negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak yang menyamakan kisah cinta mereka seperti pasangan itu, Syed Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, menegaskan bahawa perbandingan itu terlalu jauh untuk dibuat.

“Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan Allahyarhamah dan juga Tun Mahathir. Tidak dekat pun, malah tidak sampai satu peratus kerana kalau kita lihat jasa mereka, ia memang luar biasa,” katanya ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq, di sini, hari ini.