KUCHING: Kuching City FC enggan berputih mata di laman sendiri apabila membuka tirai kempen Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2026/27 menentang Tampines Rovers FC di Stadium Taha Ariffin, malam esok.

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata kelebihan beraksi di stadium keramat itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin selepas The Cats gagal memperoleh keputusan yang diharapkan dalam dua saingan terdahulu ketika beraksi di gelanggang lawan.

Menurutnya, aksi di laman sendiri memberi peluang kepada pasukannya untuk bangkit selain mendapatkan kembali keyakinan, terutama dengan sokongan padu penyokong.

"Jika melihat kepada dua pertandingan yang kami sertai, ACL2 dan liga, kami tidak melakukannya dengan baik tetapi kedua-duanya adalah di tempat lawan.