MUTAKHIR ini, rancak diperkatakan tentang keputusan kerajaan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi yang popular dalam kalangan pengguna Malaysia. Keputusan ini dilihat tepat pada waktunya kerana kebergantungan yang tinggi terhadap aplikasi navigasi berteraskan sumber dan kepakaran luar mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara, termasuk keselamatan pengguna dalam kalangan rakyat biasa.

Keperluan pemanduan dalam era teknologi digital kini banyak bergantung pada aplikasi navigasi untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Maklumat masa nyata yang disediakan diyakini mampu membantu pengguna bergerak dengan selamat dari satu lokasi ke lokasi yang lain, disertai maklumat tambahan seperti keadaan trafik, laluan alternatif serta pelbagai kemudahan lain yang mempermudah perjalanan.