KUALA LUMPUR: Redtone Digital Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif Redtone Digital Bhd.

Syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Robin Tan menggantikan Syed Ali Shahul Hammed, yang meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan kepada komitmen lain.

Robin Tan, 52, ialah anak lelaki sulung Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, pengasas Berjaya Group, yang merupakan pemegang saham terbesar Redtone Digital dengan pegangan sebanyak 34.27 peratus.

Robin Tan memulakan kerjayanya di Berjaya Group Bhd pada 1995 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corp Bhd pada 2011.