FRANKFURT: Volvo Cars hari ini mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kira-kira 2,500 lagi pekerja di seluruh dunia susulan prestasi kewangan yang merosot pada suku ketiga, ketika Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hakan Samuelsson berusaha mengurangkan perbelanjaan tahunan sebanyak kira-kira lima bilion krona Sweden (AS$503.5 juta), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Volvo, kira-kira 2,000 daripada pengurangan jawatan itu melibatkan pekerja di Sweden, negara asal pengeluar kereta berkenaan.

Syarikat itu merancang untuk mengurangkan tenaga kerjanya menerusi pengurangan secara semula jadi apabila pekerja meninggalkan syarikat, penamatan kontrak perunding serta tawaran pakej pemberhentian kerja kepada pekerja.