Kuala Lumpur: Beregu profesional campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing terpaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan tiket ke separuh akhir Terbuka Perancis.

Pasangan ranking ke-31 dunia itu bangkit mengatasi cabaran sengit gandingan Jerman, Marvin Seidel-Thuc Phuong Nguyen, menerusi kemenangan 21-17, 20-22, 21-18 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 57 minit, hari ini.

Pertemuan suku akhir itu adalah aksi pertama antara kedua-dua pasangan, dengan Seidel-Nguyen menghuni ranking ke-27 dunia.

Pang Ron-Pei Jing dijadual berdepan Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, pada aksi separuh akhir, esok.