Kuantan: Pahang Rangers FC dan Selangor FC dijangka tampil dengan persembahan terbaik dalam usaha melakar kemenangan pada aksi pertama final Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup SUKPA, malam esok.

Ketua jurulatih Pahang Rangers, Eloy Alonso Fraile berkata, beliau optimis anak buahnya bakal tampil dengan aksi terbaik pada aksi final untuk kembali merangkul trofi kejuaraan musim ini selepas gagal menyerlah pada final musim lalu.

Menurutnya, dia amat gembira apabila Pahang Rangers dapat kembali beraksi di final MPFL musim ini selepas mencatat kemenangan penuh dramatik menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) diperingkat separuh akhir.

"Barisan pemain Pahang Rangers menjalani latihan penuh semangat dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan esok. Beberapa kelemahan sebelum ini berjaya di atasi. Pemain perlu tampil dengan lebih 200 peratus.