KUALA LUMPUR: Perkongsian Pengarah Elegant Cosmetic, Datuk Al Amin mencuri perhatian di media sosial apabila mendedahkan penyanyi, Hussain gagal memulangkan wang deposit yang diterimanya selepas menarik diri daripada membuat persembahan pada konsert Elegant Selamanya yang dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini.

Malah penganjur tersebut memaklumkan Hussein atau nama sebenarnya Hussain Jamalulail sehingga kini belum memulangkan wang tersebut selepas dituntut sejak dua minggu lalu.

“Ikutkan saya tidak mahu menjawab isu berkaitan konsert Elegant Selamanya di mana pihak seolah-olah dituduh menipu dan sengaja menggunakan populariti Hussain.

“Jika ada yang perasan, poster pertama konsert Elegant Selamanya melibatkan artis baru Hussain tetapi poster kedua fotonya tidak lagi terpampang.