Kajang: Seorang pekerja kilang pemprosesan besi buruk maut selepas disyaki terkena ledakan letupan tong gas ketika bekerja di Sungai Chua, Kajang, hari ini.
Kejadian berlaku di sebuah kilang pemprosesan besi buruk di kawasan Perindustrian Sungai Chua, di sini, ketika mangsa lelaki berusia 49 tahun itu sedang melakukan kerja penyelenggaraan besi buruk.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu jam 12.58 tengah hari.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 12.22 tengah hari ketika mangsa berada di kawasan kilang berkenaan.








