JOHOR BAHRU – Seramai 40 pekerja kilang warga asing dan tiga warga tempatan didenda antara RM1,000 hingga RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan salinan kad pengenalan milik orang lain.

Kesemua tertuduh berusia antara 18 hingga 49 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurzihan Abdul Rehman, A. Shaarmini dan Atifah Hazimah Wahab.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara antara satu hingga enam bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.