KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk menggantung notis pembatalan pendaftaran gabungan itu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dua hari lalu.

Hakim, Datuk Azizan Md Arshad memutuskan demikian selepas berpendapat terdapat kemudaratan lebih besar kepada PN selaku pemohon sekiranya penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan.

Keputusan itu sekali gus memberi laluan kepada PN untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 14 November ini

Semasa membaca keputusan, Azizan berkata, mahkamah turut mengambil kira keadaan luar biasa yang boleh menjejaskan peranan pemohon dalam aktiviti politik, termasuk hak sebagai anggota parti, wakil rakyat, Ahli Parlimen atau anggota kerajaan negeri.