KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dua hari lalu, digantung oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Hakim, Datuk Azizan Md Arshad memutuskan demikian selepas berpendapat terdapat kemudaratan lebih besar kepada PN selaku pemohon sekiranya penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan.Beliau kemudian membenarkan permohonan gabungan parti itu supaya notis berkenaan digantung sehingga prosiding substantif semakan kehakiman didengar.Keputusan ini dibuat sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka, dengan gabungan itu berusaha mempertahankan haknya untuk bertanding menggunakan nama dan logo sendiri.Beliau turut membenarkan permohonan PN untuk menggantung pelaksanaan notis penggantungan bertarikh 23 September lalu sehingga permohonan semakan kehakiman selesai diputuskan.Semasa membaca keputusan, Azizan berkata, mahkamah turut mengambil kira keadaan luar biasa yang boleh menjejaskan peranan pemohon dalam aktiviti politik, termasuk hak sebagai anggota parti, wakil rakyat, ahli Parlimen atau anggota kerajaan negeri.Beliau berkata, kesan berkenaan dalam keadaan tertentu tidak dapat dipulihkan, antaranya berkaitan penyertaan dalam sistem pilihan raya negara.Mahkamah turut berpandangan bahawa, tiada prejudis kepada pihak responden sekiranya penggantungan itu dibenarkan kerana pemantauan terhadap aktiviti PN atau pemohon masih boleh dilaksanakan mengikut undang-undang negara.Menurutnya, mahkamah menolak hujahan responden bahawa permohonan penggantungan pelaksanaan berkenaan telah menjadi akademik selepas pendaftaran pertubuhan itu dibatalkan pada 20 Oktober lalu."Mahkamah menjelaskan bahawa pembatalan pendaftaran yang telah berkuat kuasa tidak semestinya menghapuskan keseluruhan isu yang dibangkitkan pemohon, memandangkan permohonan itu turut merangkumi usaha menghalang tindakan lanjut berkaitan notis penggantungan, termasuk pembatalan pendaftaran."Bagaimanapun, mahkamah menegaskan bahawa keputusan membenarkan penggantungan pelaksanaan itu tidak bermaksud pendaftaran yang telah dibatalkan secara automatik dipulihkan," katanya.Beliau berkata, mahkamah juga tidak memutuskan kesahan tindakan responden membatalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan pada peringkat ini kerana perkara itu masih boleh dicabar melalui prosiding lain.Keputusan berkenaan kemudiannya mengundang sorakan pemimpin dan penyokong PN yang berada di dalam mahkamah.Pada Khamis, peguam, Tan Sri Azhar Azizan @ Harun, Ivanpal Singh Grewal, Rafique Rashid Ali, Mohamad Siddiq Azani, Mohd Fadhli Yahya, Zulkifli Noordin, Chai Ko Thing, Zainol Aziz Mohamad, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Nur Mustanir Md Nor, Mior Nor Haidir dan Mohd Redzuan Mohamed Yusoff hadir bagi mewakili PNSementara Peguam Kanan Persekutuan, Nurhaffiza Azizan bagi pihak Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfiqar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku responden.Pada
[VIDEO] Mahkamah Tinggi gantung notis RoS isu pembatalan pendaftaran PN
Key takeaways
Mahkamah Tinggi menggantung notis pembatalan pendaftaran PN untuk mengelakkan kemudaratan kepada parti tersebut.
- Mahkamah Tinggi menggantung notis pembatalan pendaftaran PN.
- Penggantungan ini dilakukan untuk mengelakkan kemudaratan kepada PN.
- Keputusan dibuat sembilan hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Updated
- October 22, 2026 at 8:59 AM UTC
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Mahkamah gantung pembatalan pendaftaran PN
- Sinar Harian [VIDEO] Mahkamah Tinggi gantung notis RoS isu pembatalan pendaftaran PN (this story)
- Malaysiakini (BM) Mahkamah benar PN gantung tindakan RoS batal pendaftaran parti








