KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila sentimen pasaran kekal berhati-hati susulan kebimbangan terhadap harga saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) serta penurunan hasil bon.

Pada Khamis, hasil bon Perbendaharaan AS merosot ketara apabila pelabur beralih kepada bon kerajaan yang dianggap sebagai aset selamat.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.0835/0875 berbanding dolar AS daripada 4.0815/0850 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasangan dolar AS-ringgit diniagakan dalam julat 4.0813 hingga 4.0865 sepanjang hari ini.