Istanbul: Peguam Negara Florida James Uthmeier pada Isnin mengumumkan bahawa pihak berkuasa memperoleh waran tangkap peringkat negeri terhadap bekas Presiden Cuba Raul Castro berhubung insiden dua pesawat awam ditembak jatuh pada 1996 yang mengorbankan empat lelaki, lapor Anadolu Ajansi.

"Raul Castro mengarahkan pembunuhan terancang terhadap empat penduduk Florida secara kejam dengan kelulusan kerajaan," kata Uthmeier menerusi hantaran di platform media sosial X.

Waran itu mendakwa Castro atas tuduhan berkomplot untuk melakukan pembunuhan darjah pertama berhubung insiden pada 24 Feb 1996 yang melibatkan pesawat dikendalikan Brothers to the Rescue, sebuah kumpulan rakyat Cuba dalam buangan yang berpangkalan di Miami.