Kota Bharu: Suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh didapati miliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pecah rumah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 49 tahun itu sudah direman untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pihaknya juga menghantar kucing terbabit ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk pemeriksaan tahap kecederaan.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai 11 ekor kucing dan baki 10 ekor kucing terbabit sudah diambil pihak polis dengan badan bukan kerajaan (NGO) pada malam tadi.