Kathmandu: Polis di Nepal giat mengesan warga tempatan yang disyaki menjadi rakan subahat dalam rangkaian penyeludupan selepas merampas 21.75 kilogram emas di sebuah rumah di Budhanilkantha, awal bulan ini.

Premis berkenaan dipercayai digunakan tiga lelaki warga China sebagai pusat pemprosesan emas.

Memetik laporan Asia News Network, pejabat Siasatan Jenayah Lembah Kathmandu memulakan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang membantu menyimpan, mengedar atau mengangkut emas berkenaan ke India.

Senior Superintenden Polis Santosh Khadka berkata, pihak berkuasa masih belum mengesahkan pembabitan warga Nepal dalam kes berkenaan.