‎Kota Kinabalu: Malaysia dijangka berdepan kekurangan lebih 13,000 pakar perubatan menjelang 2030, yang perlu ditangani secara menyeluruh termasuk melalui tawaran jawatan tetap dan skim gaji kompetitif.

‎‎Situasi itu menuntut penstrukturan semula sistem kerjaya dan tawaran perkhidmatan doktor, bagi memastikan negara mampu mengekalkan tenaga profesional dalam sektor kesihatan.

‎‎Pengerusi Backbencers (BBC) Sabah, Datuk Masiung Banah, berkata isu berkenaan kini makin serius, dan kerajaaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bersaing dengan tawaran perkhidmatan lebih menarik daripada negara maju.

Katanya, ia bagi mengelakkan doktor tempatan dan graduan perubatan memilih untuk berhijrah.

‎‎"Kerajaan perlu mengembalikan sistem tawaran jawatan tetap kepada doktor kerajaan termasuk doktor pakar dengan tawaran gaji baharu yang lebih konsisten.