Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, LLM dan penyedia aplikasi TuJu perlu kemuka penjelasan terperinci mengenai punca sebenar masalah dihadapi pengguna, serta langkah-langkah mengatasinya.PUTRAJAYA: Kerajaan mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan penyedia aplikasi Prosignal Consortium Sdn Bhd memberi penjelasan berhubung gangguan teknikal yang dibangkitkan oleh pengguna aplikasi navigasi TuJu.
Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua pihak perlu mengemukakan penjelasan terperinci mengenai punca sebenar masalah itu, aspek teknikal, prestasi semasa aplikasi, serta langkah pembetulan yang sedang atau akan dilaksanakan.
“Penjelasan sedemikian penting bagi memastikan isu ini ditangani secara menyeluruh, sekali gus meningkatkan kebolehpercayaan aplikasi TuJu dan membina semula keyakinan orang ramai terhadap penggunaan aplikasi navigasi tempatan,” kata Fahmi pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.









