Putrajaya: Kerajaan mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Prosignal Consortium Sdn Bhd memberikan penjelasan terperinci berhubung masalah aplikasi navigasi tempatan TUJU, termasuk punca gangguan, prestasi semasa serta langkah penyelesaian yang sedang dan akan dilaksanakan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan masalah yang dibangkitkan pengguna dapat ditangani secara menyeluruh, selain meningkatkan kebolehpercayaan aplikasi berkenaan.
"Aplikasi terbabit dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 26 November 2025 dan pihak LLM mengakui terdapat masalah yang dihadapi oleh pengguna serta sudah memaklumkan bahawa usaha untuk menambah baik aplikasi terbabit sedang dilaksanakan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ffahmi1dssd_456257.png&w=480&output=webp&q=85&we)