KEMAMAN – Kakitangan dan pengunjung Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, di Kerteh, sini, gempar dengan kemunculan seekor tapir jantan yang tersesat semalam.

Haiwan liar seberat 250 kilogram itu dijumpai di kawasan kelab golf berkenaan pada pukul 11 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, empat anggota agensi itu telah bergegas ke kelab golf berkenaan sebaik menerima aduan berhubung penemuan tapir tersebut.

“Kita berjaya menemukan kedudukan tapir jantan tersebut menerusi pemantauan menggunakan dron.