Klang: "Dulu tak nak belajar pandai, sekarang mengemis di TikTok."
Itu antara komen sinis ditinggalkan warganet hingga pernah membuatkan Mohd Zainuddin Shari, 67, menangis hingga tidak boleh tidur.
Bagaimanapun, Mohd Zainuddin tidak mengalah kerana selain mencari rezeki, niatnya bersiaran langsung dan menjual pelbagai produk di TikTok adalah untuk mengumpul wang bagi menyiapkan rumah di Sungai Buloh, Selangor yang sudah 10 tahun terbengkalai.
Berkongsi kisahnya, Mohd Zainuddin atau dikenali Din Serope yang menetap di Taman Meru Impian, di sini berkata, dia mula terjebak dengan jualan menerusi siaran langsung media sosial sejak empat bulan lalu.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage1_394035.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

