PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke Selatan dilaporkan sesak di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan petang ini ekoran pertambahan kenderaan.
Menerusi video perkongsian seorang pengguna Threads, @callme_helen, keadaan trafik dilihat bergerak perlahan dengan barisan panjang kenderaan termasuk kereta dan lori memenuhi lebuh raya berkenaan.
“Lebuh raya menuju ke Selatan sesak teruk.. semua nak pergi majlis BASS kat Muar ke tu? Nasib minggu ni tak balik kampung,” tulisnya secara berseloroh.
Dalam pada itu, berdasarkan maklumat trafik dikongsikan Lembaga Lebuh Raya (LLM), beberapa laluan arah Selatan dilaporkan mengalami kesesa








