Terdahulu PM Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan tidak tolak kemungkinan haram sepenuhnya penggunaan Waze di negara ini.PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon maaf sekiranya keputusan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze milik entiti rejim Israel bagi penjawat awam di negara ini menimbulkan kesulitan.
Anwar berkata, langkah tegas itu terpaksa diambil demi memastikan keselamatan negara dan rakyat yang tidak boleh dikompromi sama sekali.
“Saya mohon maaf andai keputusan pengharaman aplikasi navigasi milik rejim Israel (bagi penjawat awam) ini menyusahkan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook, lapor Bernama.
“Namun, soal keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali kerana kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti kita pertahankan.








