Menurut KRI, perbelanjaan isi rumah untuk makan di luar meningkat merentasi semua kumpulan pendapatan antara 2019 dan 2024. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Isi rumah di Malaysia berbelanja lebih banyak untuk makan di luar pada 2024, dengan purata RM902.70 sebulan diperuntukkan untuk makan di luar, berbanding RM875.80 untuk makanan di rumah, menurut Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Laporan 'The State of Households 2026' oleh KRI menyatakan, trend ini dikenal pasti di tengah-tengah kebimbangan yang kian meningkat mengenai tahap kesihatan rakyat, dengan lebih separuh daripada orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan atau obes pada 2023.

Perbelanjaan isi rumah untuk makan di luar meningkat merentasi semua kumpulan pendapatan antara 2019 dan 2024, namun lonjakan itu lebih ketara dalam kalangan 80% isi rumah terbawah (B80), dengan purata perbelanjaan meningkat hampir 1.5 kali ganda sepanjang tempoh lima tahun tersebut.