KUALA LUMPUR: Seramai 5,234 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah kembali bekerja di tanah air menerusi Program Kepulangan Pakar (REP) sejak 2011 hingga Ogos tahun ini.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, REP yang dilaksanakan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) menerima 12,850 permohonan, dengan 8,093 daripadanya diluluskan.

Program itu adalah mekanisme bagi menarik kembali rakyat Malaysia berkemahiran tinggi untuk menyumbang kepada ekonomi negara.

Menurut KESUMA, bagi memperkukuh usaha berkenaan TalentCorp turut melaksanakan inisiatif "MyHeart", menghubungkan diaspora Malaysia berkemahiran tinggi dengan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan pengalaman, kepakaran dan tahap kemahiran mereka.