Menteri Luar Mohamad Hasan berkata jumlah itu masih rendah walaupun ratusan ribu rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara sepanjang tahun lalu.
Key takeaways
Kementerian Luar memaklumkan hanya lebih 6,000 rakyat Malaysia mendaftar e-Konsular pada 2025, sekali gsu menyukarkan usaha mengesan dan menghubungi warganegara semasa kecemasan di luar negara.
- Kadar pendaftaran e-Konsular yang rendah menyukarkan kementerian mengenal pasti lokasi warganegara semasa kecemasan.
- Pemohon perlu mengisi maklumat perjalanan, lokasi dan nombor telefon untuk membolehkan bantuan disalurkan.
- Kementerian menggesa rakyat mendaftar sebelum ke luar negara bagi mengelakkan kesulitan semasa situasi mendesak.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia mendaftar e-Konsular sebelum melakukan perjalanan ke luar negara supaya urusan bantuan tidak terjejas sekiranya berlaku kecemasan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Hanya lebih 6,000 rakyat Malaysia mendaftar menerusi sistem e-Konsular sepanjang 2025 walaupun ratusan ribu melakukan perjalanan ke luar negara, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.
Beliau berkata kadar pendaftaran yang rendah menyukarkan Kementerian Luar mengesan dan menghubungi rakyat Malaysia sekiranya berlaku kecemasan di negara yang mereka kunjungi.
Katanya, mereka perlu mengisi maklumat perjalanan, lokasi keberadaan serta nombor telefon yang boleh dihubungi bagi membolehkan kementerian mengenal pasti dan menyalurkan bantuan apabila diperlukan.