Kuala Lumpur: Langkah kerajaan menawarkan jawatan tetap kepada lebih 9,000 doktor kontrak menerusi Belanjawan 2027 akan meningkatkan kapasiti, kesinambungan dan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan awam di seluruh negara, menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Presiden MMA Dr L Sivanaesan berkata, langkah itu turut merangkumi jaminan pelantikan tetap kepada graduan perubatan yang selesai menjalani latihan siswazah, sekali gus memberikan kestabilan pekerjaan dan hala tuju kerjaya lebih jelas kepada doktor muda.
"Hal ini pencapaian penting yang memenuhi satu daripada tuntutan MMA sejak sekian lama. Kami menghargai usaha kerajaan ke arah menjamin kestabilan pekerjaan dan memberikan hala tuju kerjaya yang lebih jelas kepada doktor muda kita.









