PETALING JAYA: Demi memberikan penjagaan sepenuhnya kepada anak sulung yang menghidap autisme tanpa pertuturan (non-verbal), juara Akademi Fantasia musim ke-10 (AF10), Faizul Sany, sanggup mengetepikan kerjaya nyanyian sejak enam tahun lalu.

Faizul, 41, berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkannya memberikan sepenuh perhatian kepada anaknya, Noah, meskipun masih menerima pelbagai tawaran persembahan dan penciptaan lagu.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, itu tidak berdepan masalah kewangan selepas meninggalkan industri muzik apabila masih menerima royalti daripada lagu ciptaannya sebelum ini, selain menguruskan perniagaan keluarga.

"Saya memang sudah tidak menyanyi dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak sulung yang disahkan mengalami autisme.