PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang hampir seluruh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kedah, kawasan terlibat ialah Bandar Baharu, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Sik, Kuala Muda, Langkawi, Kulim dan Baling.

“Di Perak, amaran melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Kelantan membabitkan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh.

“Turut terjejas ialah Pahang melibatkan Pekan, Kuantan, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran, selain Jelebu di Negeri Sembilan,” katanya.