KUALA LUMPUR – Penglibatan golongan muda dalam subbudaya dalam talian yang mengagungkan pembunuh tegar kini menjadi ancaman baharu yang memerlukan perhatian serius pihak berkuasa, susulan beberapa insiden serangan di sekolah baru-baru ini.

Tiga insiden berasingan melibatkan sekolah di Kuching, Sarawak pada Rabu lalu, Banting, Selangor pada Julai lepas dan Bandar Utama, Petaling Jaya pada Oktober 2026, dipercayai mempunyai kaitan dengan kecenderungan remaja terbabit terhadap subbudaya True Crime Community (TCC).

Penganalisis keselamatan, Munira Mustaffa berkata, subbudaya TCC lazimnya mengagungkan insiden pembunuhan beramai-ramai seperti kes tembakan di Sekolah Tinggi Columbine, Amerika S