Pengerusi Ikatan Lee Lam Thye berkata jika insiden keganasan seperti kes pelajar diserang dan ditikam di sekolah tidak dibendung masyarakat berisiko menjadi semakin lali terhadap perbuatan ganas.KUALA LUMPUR: Usaha bersepadu melibatkan seluruh lapisan masyarakat perlu dilaksanakan segera bagi mencegah tingkah laku agresif dan penggunaan kekerasan fizikal daripada menjadi perkara biasa dalam masyarakat susulan insiden keganasan yang berlaku baru-baru ini di sekolah dan komuniti.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Lee Lam Thye, berkata jika insiden keganasan seperti kes pelajar diserang dan ditikam di sekolah tidak dibendung, masyarakat berisiko menjadi semakin lali terhadap perbuatan ganas sehingga menganggapnya sebagai cara yang boleh diterima untuk menyelesaikan konflik.






