KEKEJANGAN otot ialah keadaan apabila otot mengecut secara tiba-tiba, tidak terkawal dan biasanya menyebabkan rasa sakit yang kuat.
Keadaan ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh, tetapi lebih kerap dialami pada kaki, betis, paha dan tapak kaki.
Kekejangan lazimnya berlaku dalam tempoh yang singkat, namun rasa tidak selesa atau sakit pada otot boleh berlanjutan selepas kekejangan reda.
Antara punca kekejangan otot yang biasa ialah penggunaan otot secara berlebihan.
Aktiviti seperti bersukan, berjalan jauh, berlari atau melakukan kerja fizikal dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan otot mengalami keletihan.






