Setiausaha Agung Loke Siew Fook dalam Konvensyen Tahunan DAP Perak Ke-24, hari ini. (Gambar DAP Perak)IPOH: Wakil rakyat DAP yang gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan berisiko tidak dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang, kata Setiausaha Agung, Loke Siew Fook.
Katanya, mengambil contoh DAP Perak, Pengerusinya Nga Kor Ming menetapkan tanda aras prestasi yang ketat bagi memastikan setiap wakil rakyat parti itu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan masing-masing.
Loke yang juga menteri pengangkutan berkata, penilaian menyeluruh itu merangkumi penyampaian khidmat kepada masyarakat, pelaksanaan gerak kerja di kawasan, usaha memperkukuh parti serta komitmen wakil rakyat untuk sentiasa turun padang.






