Jefri Safry berkata penyertaan dalam Wawasan membuka ruang baharu untuk meneruskan perjuangan yang memberi penekanan kepada penyatuan ummah. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu Melaka Jefri Safry meninggalkan parti itu dan menyertai Wawasan.

Beliau yang juga ketua Bersatu Jasin berkata, keputusan itu dibuat kerana pendiriannya tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan parti, khususnya berhubung desas-desus kemungkinan kerjasama politik antara Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, perjuangan politik seharusnya berteraskan prinsip, keikhlasan dan kepentingan rakyat, bukannya semata-mata percaturan kuasa atau kepentingan politik tertentu, lapor Harian Metro.

“Penyertaan dalam Wawasan membuka ruang baharu untuk meneruskan perjuangan yang memberi penekanan kepada penyatuan ummah, perpaduan masyarakat dan pembelaan nasib rakyat.