Kuala Lumpur: Penglibatan golongan muda dalam subbudaya dalam talian yang mengagungkan pembunuh tegar kini menjadi ancaman baharu yang memerlukan perhatian serius pihak berkuasa, susulan beberapa insiden serangan di sekolah baru-baru ini.

Penganalisis keselamatan Munira Mustaffa berkata tiga insiden berasingan melibatkan sekolah di Kuching, Sarawak pada Rabu lepas; Banting, Selangor pada Julai lepas: dan Bandar Utama, Petaling Jaya pada Oktober 2026, dipercayai mempunyai kaitan dengan kecenderungan remaja terbabit terhadap subbudaya True Crime Community (TCC).

Beliau menjelaskan subbudaya TCC lazimnya mengagungkan insiden pembunuhan beramai-ramai seperti kes tembakan di Sekolah Tinggi Columbine, Amerika Syarikat pada 1999 dan Masjid Christchurch, New Zealand pada 2019, selain membentuk persepsi negatif bahawa dunia bersikap kejam terhadap mereka.