BUKIT MERTAJAM: Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan perjanjian pinjaman bernilai RM1.5 juta, tujuh tahun lalu.
Tertuduh, Pon Chee Weng, 65 didakwa dengan curangnya memperdayakan seorang individu berusia 45 tahun supaya menandatangani satu perjanjian yang menyatakan kononnya tertuduh telah memberikan pinjaman sebanyak RM1.5 juta kepada mangsa.
Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengetahui wang berkenaan tidak pernah dibayar kepada mangsa.
Perbuatan itu didakwa mendorong mangsa mempercayai bahawa pinjaman itu benar-benar wujud, sekali gus mendedahkannya kepada liabiliti pembayaran berdasarkan perjanjian berkenaan serta menyebabkan kerugian kewangan.








