KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergerak Tan Sri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu berhubung pembekuan akaun bank peribadi dan siasatan polis melibatkan wang berjumlah lebih RM10 juta, tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Tan Kean Soon, 62, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dikemukakan itu dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya Keh Chuan Seng, 55, yang juga seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan wang tunai masing-masing berjumlah RM2 juta, RM3 juta, SGD1.5 juta dan RM500,000.
Pemberian wang itu bagi membantu menyelesaikan masalah akaun bank peribadi dan syarikat mangsa yang dibekukan oleh pihak polis serta melepaskannya daripada kes siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Kestabilan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).








