KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan sudah mengarahkan pasukan peguamnya memulakan proses saman terhadap Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, susulan dakwaan dan tohmahan dilemparkan terhadapnya dalam sidang media, semalam.
Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, beliau sudah berbincang dengan pasukan peguamnya yang berpandangan terdapat asas kukuh untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Ramanan berhubung kenyataan yang didakwa melanggar undang-undang fitnah di negara ini.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pelbagai tohmahan yang dilemparkan Ramanan terhadapnya dalam sidang media semalam, termasuk tuduhan terbabit dalam rasuah.
"Saya sudah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan proses saman terhadap Ramanan," katanya melalui muat naik di di Facebook.









