Shah Alam : SNT Global Logistics Sdn Bhd (SNT) melakar pencapaian baharu dalam perjalanan 20 tahun penubuhannya menerusi pelancaran Gudang Pintar bernilai RM80 juta di U10, Shah Alam, sekali gus memacu era baharu dalam perkhidmatan pemenuhan pesanan (fulfilment) berasaskan teknologi.
Fasiliti canggih seluas 175,000 kaki persegi itu menggabungkan teknologi automasi, kecerdasan buatan (AI), robotik serta Sistem Pengurusan Gudang (WMS) yang dibangunkan secara dalaman.
Integrasi teknologi pintar ini berupaya meningkatkan kecekapan operasi syarikat sehingga 50 peratus serta menambah baik kadar pemprosesan pemenuhan pesanan sebanyak 100 peratus.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SNT, David Wong sektor logistik kini bukan lagi sekadar pusat kos operasi, sebaliknya menjadi pemangkin utama yang menentukan keupayaan sesebuah perniagaan untuk bersaing dan berkembang.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)

